[PEMBUKAAN TREE TOP WALK DI TAMAN NEGARA PAHANG, SUNGAI RELAU
Kini, terdapat tempat menarik yang terbaru di Taman Negara Pahang, Sungai Relau Merapoh. Bermula pada 1 April 2023 sehingga 30 September 2023, Tree Top Walk, Taman Negara Pahang, Sungai Relau dibuka secara percuma kepada orang awam.
Pembinaan Tree Top Walk ini bertujuan untuk meningkatkan keselesaan pelawat melalui kemudahan dan aktiviti yang bersesuaian di kawasan alam semulajadi. Semoga kemudahan ini dan aktiviti yang berkaitan dengannya dapat memberi kepuasan kepada pelawat Taman Negara Pahang, khususnya di pintu masuk Sungai Relau, Merapoh, Lipis.
Jom meneroka pemandangan Taman Negara Pahang, Sungai Relau melalui Tree Top Walk yang sangat indah, cantik, tenang, mendengar bunyi-bunyian kicauan burung, menikmati udara yang segar dan melihat pelbagai jenis flora dan fauna yang unik. Gambar Disini
