Nama Taman Rimba Kenong diambil sempena nama sungai kenong yang mengalir sepanjang Taman Rimba Kenong. Nama kenong itu sendiri berasal dari bahasa melayu Pahang. Perkataan asal adalah “Ke Nun” yang bermaksud jauh di sana, disebabkan peredaran masa perkataan “Ke Nun” telah berubah secara sendirinya menjadi Kenong.
Taman Rimba Kenong merupakan hutan hujan tropika yang masih belum diteroka seluas 128 kilometer persegi dalam Daerah Lipis, Pahang Darul Makmur. Ia terletak di Lembah Kenong dan berkongsi sempadan dengan Taman Negara di bahagian utara dan timur. Taman ini juga merupakan salah satu tempat menarik di Kuala Lipis, Pahang.
Terdapat banyak aktiviti yang boleh dilakukan di Taman Rimba Kenong antaranya ialah :
– jelajah gua batu kapur
-berkelah
-cave tubing
-perkhemahan
-jelaha gunung
-melihat flora dan fauna