Program E-tuisyen yang dijalankan di PEDi berjalan lancar seperti yang dirancang. PEDi memberi kemudahan kepada peserta yang ingin mengikuti kelas e-tuisyen din PEDi. Petugas sedia membantu peserta dari kelas bermula sehingga kelas tamat supaya peserta dapat memperoleh manfaat sepenuhnya dari kelass yang disertai.
Program e-tuisyen ini mendapat sambutan yang agak menggalakkan dari ibu bapa. Mereka menghantar anak ke PEDi untuk mengikuti kelas atas talian tersebut.
Kepada ibu bapa yang ingin mendaftarkan anak bagi menyertai etuisyen, boleh terus datang ke PEDi berhampiran anda untuk penerangan lanjut. Anda juga boleh rujuk jadual kelas yang disediakan dan memilih subjek dan tarikh kelas yang sesuai untuk anak anda sertai.