Kelab WI Sungai Temau secara rasminya telah ditubuhkan pada 23 Januari 2022. Mesyuarat Agung penubuhan kelab ini telah diadakan di Balairaya JPKK Sungai Temau pada Ahad lalu. Turut hadir dalam mesyuarat ini adalah Datin Hamizah Binti Hamzah yang merupakan Timbalan Pengerusi WI Daerah Lipis.
Seramai 32 orang wanita setempat bersetuju untuk menyertai Kelab WI Sungai Temau ini. Mesyuarat Agung Kali Pertama ini diadakan bertujuan untuk melantik biro-biro yang akan bertanggungjawab dalam pengurusan kelab. Semoga tujuan dan matlamat kelab ini ditubuhkan akan tercapai.