mcmc
Laporan Aktiviti

PENGENALAN KEMPEN INTERNET SELAMAT (KIS)

Tarikh : 05/07/2025

Masa : 10:00 PAGI – 12:00 TENGAH HARI

Tempat : NADI Sungai Temau

Aktiviti :

Tayangan video

Simulasi Kempen Internet Selamat

Lagu Kempen Internet Selamat

Tujuan :

Tujuan kelas ini adalah untuk memberikan kesedaran kepada peserta tentang kepentingan menggunakan internet dengan cara yang selamat, bertanggungjawab dan beretika. Kelas ini juga dapat membantu peserta mengenal pasti bahaya atau risiko yang boleh berlaku semasa berada di atas talian seperti buli siber, penipuan (scam), maklumat palsu dan pencerobohan privasi.

Selain itu, ia dapat mendidik peserta tentang langkah-langkah keselamatan seperti tidak berkongsi maklumat peribadi, mengenali mesej mencurigakan, dan melaporkan tingkah laku yang tidak sesuai. Ia juga dapat mendorong peserta menggunakan internet untuk tujuan pembelajaran, kreativiti, dan berkomunikasi dengan cara yang sopan dan positif. Peserta juga dapat membentuk sikap bertanggungjawab dalam penggunaan gajet dan media sosial sejak kecil agar mereka membesar sebagai pengguna internet yang bijak dan beretika.

Gambar disini PENGENALAN KEMPEN INTERNET SELAMAT (KIS)