mcmc
Pelancongan & Tempat Bersejarah

PELANCONGAN – PERASMIAN JETI LEMBAH TANUM

ajlis perasmian Jeti Lembah Tanum dan pelepasan aktiviti berkayak telah berlangsung pada 17 Mei 2025 (Sabtu) di Pusat Rekreasi Air Lembah Tanum, Kampung Sungai Temau, Kuala Lipis, Pahang. Majlis ini dirasmikan oleh YAB Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy Wan Ismail, Menteri Besar Pahang, yang turut hadir untuk melepaskan peserta aktiviti berkayak di kawasan tersebut.

Pusat Rekreasi Air Lembah Tanum merupakan destinasi ekopelancongan yang semakin popular, menawarkan aktiviti seperti berkayak menyusuri Sungai Tanum yang mencabar serta meneroka Gua Temalong yang unik. Inisiatif ini juga merupakan sebahagian daripada usaha komuniti tempatan dan agensi kerajaan untuk mempromosikan pelancongan lestari serta meningkatkan ekonomi setempat melalui projek seperti IC-CFS (Improving Connectivity in the Central Forest Spine)

Gambar disini PELANCONGAN -PERASMIAN JETI LEMBAH TANUM