mcmc
Laporan Aktiviti

NADIxKIDVENTURE COHORT 4 – PERANCANGAN KEWANGAN

Tarikh : 09/08/2025

Masa : 10:00 PAGI – 11:00 PAGI

Tempat : NADI Sungai Temau

Aktiviti : Webinar, Kuiz

Tujuan :

Kelas Perancangan Kewangan bagi usahawan kanak-kanak diadakan bagi memberi pendedahan awal kepada peserta tentang kepentingan mengurus wang dengan bijak. Melalui kelas ini, peserta akan mempelajari asas perancangan kewangan seperti cara membuat bajet, mengurus pendapatan, menetapkan jumlah simpanan, dan mengawal perbelanjaan harian.

Selain itu, kelas ini juga bertujuan memupuk tabiat menabung sejak awal serta mengelakkan pembaziran. Dengan pengetahuan ini, peserta diharapkan dapat meningkatkan kesedaran kewangan dan membuat keputusan kewangan yang tepat untuk masa kini dan masa hadapan. Kelas ini turut membekalkan kemahiran literasi kewangan yang penting untuk kehidupan seharian, sama ada dalam urusan peribadi, kerjaya, mahupun keusahawanan.

Gambar disini NADIxKIDVENTURE COHORT 4 – PERANCANGAN KEWANGAN