Tarikh : 15/03/2025
Masa : 9:00 pagi – 3:00 petang
Tempat : NADI Sungai Temau
Aktiviti :
Mobile Legend Bang Bang (MLBB)
Tayangan slide
Tayangan video
NADI eSukan ialah program di bawah inisiatif Pembelajaran Sepanjang Hayat yang menjadikan eSukan sebagai medium pembelajaran dan pembangunan kerjaya. Program ini menawarkan kursus-kursus yang bertujuan meningkatkan kesedaran dan kemahiran dalam bidang eSukan, termasuk topik seperti kesedaran mengenai eSukan, garis panduan pembangunan sukan elektronik kebangsaan, asas penciptaan kandungan, pengurusan kejohanan, kesihatan dan kesejahteraan, serta peluang kerjaya dalam industri ini.
Pada 15 Mac 2025, NADI Sungai Temau telah menganjurkan pertandingan eSukan yang terbuka kepada semua peserta, berlangsung dari jam 10.00 pagi hingga 3.00 petang. Selain itu, NADI Sungai Temau mengadakan kelas kesedaran Teras 3 & 4 pada 15 Mac 2025, yang disasarkan kepada golongan belia.
Gambar disini NADI E-SUKAN – PERTANDINGAN MOBILE LEGEND PERINGKAT SARINGAN