Tarikh : 18/04/2025
Masa : 3:30 Petang – 5:00 Petang
Tempat : NADI Sungai Temau
Aktiviti :
Tayangan slide
Tayangan video
Perbincangan
Tujuan :
Tujuan kelas ini dilaksanakan adalah memberi kesedaran kepada wanita tentang ancaman keselamatan siber yang semakin meningkat, terutama yang menyasarkan wanita secara khusus (seperti scam cinta, buli siber, dan pencerobohan privasi). Selain itu, ianya dapat membekalkan wanita dengan pengetahuan dan kemahiran asas dalam keselamatan siber supaya mereka boleh melindungi diri sendiri dan orang tersayang dalam dunia digital.
Ia juga mendidik peserta tentang cara mengenali tanda-tanda awal jenayah siber seperti phishing, malware, dan serangan sosial engineering dan bagaimana untuk mengelakkannya. Mewujudkan rangkaian sokongan antara wanita dalam memperkukuh keselamatan digital mereka serta berkongsi pengalaman dan strategi bertahan daripada ancaman siber.
Gambar disini NADI CYBERSECURITY – WEBINAR KESELAMATAN SIBER UNTUK WANITA