Pada 17 Mac 2021 yang lalu, telah diadakan satu majlis bagi mempromosikan Jeti Lembah Tanum yang kini telah menjadi tarikan kepada pelancong dan penduduk setempat.
Majlis dianjurkan oleh agensi pelancongan Tuah Travel & Tours (M) sdn bhd dan dirasmikan oleh YB Adun Padang Tengku, Dato’ Mustapa Bin Haji Long.
Majlis turut dihadiri oleh ahli JKKK Sungai Temau dan peserta aktiviti kayak yang terdiri daripada staf Hospital Kuala Lipis.