Latar Belakang
Furqan merupakan seorang murid sekolah rendah yang aktif dalam bidang akademik dan kokurikulum. Selain itu, beliau juga meminati permainan dalam talian.
Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan NADI
Di luar waktu persekolahan, Furqan sering bermain permainan dalam talian seperti Mobile Legends. Namun begitu, beliau menghadapi kesukaran dalam membahagikan masa antara pelajaran dan permainan.
Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan NADI
Penyertaan Furqan dalam aktiviti eSukan di NADI telah membawa perubahan positif. Melalui kelas kesedaran dan program pensijilan eSukan yang disediakan oleh NADI, beliau mempelajari cara bermain dengan lebih berhemah, selamat dan seimbang. Aktiviti ini juga memberi pendedahan yang bermanfaat tentang dunia eSukan secara sihat dan bertanggungjawab. Selaian itu juga Furqan juga menyertai Kelas Internet Selamat dalam Talian dan Tiny techies yang dianjurkan oleh NADI. Melalui SMART Services di NADI, Furqan berpeluang untuk menyertai sekaligus meberi pendedahan baru buat beliau dan rakan rakan yang lain.
Apa yang Dipelajari Melalui NADI
Furqan mempelajari asas penggunaan ICT dengan lebih berkesan, termasuk cara menggunakan gadjet dan perisian berkaitan eSukan. Dia juga belajar tentang etika bermain permainan dalam talian serta pengurusan masa antara pelajaran dan hobi. Selain itu, Furqan juga dapat belajar tentang Robotic dan coding melalaui kelas tiny techies.
Bagaimana NADI Membantu Perkembangan Diri dan Kemahiran ICT
Penglibatan dalam eSukan di NADI turut membantu Furqan mengenali potensi diri dalam bidang teknologi dan komunikasi, di samping membina keyakinan diri melalui penyertaan dalam pertandingan. NADI membantu Furqan meningkatkan kemahiran ICT melalui latihan dan pertandingan eSukan yang dikendalikan dengan bimbingan jurulatih berpengalaman. Aktiviti di NADI menjadikan Furqan lebih berdisiplin dan fokus ketika bermain serta mampu mengurus masa dengan baik antara belajar dan beriadah.

