Latar Belakang
Pn. Rosiah merupakan seorang guru Tabika KEMAS FELCRA Sungai Temau yang komited terhadap kerjayanya serta sentiasa sibuk menguruskan tanggungjawab harian. Beliau juga perlu menguruskan suaminya yang sakit sejak tahun 2019.
Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan NADI:
Pada peringkat awal, Pn. Rosiah kurang memberi perhatian terhadap penjagaan kesihatan diri kerana terlalu sibuk menguruskan sekolah TABIKA.
Penglibatan beliau dalam penjagaan kesihatan adalah terhad kerana perlu memberi keutamaan kepada suaminya yang menghidap strok. Keadaan ini menuntut beliau untuk memberikan penjagaan sepenuh masa, termasuk dalam aspek keperluan harian seperti makan, minum, tidur dan mandi.
Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan NADI Selepas menyertai program kesedaran kesejahteraan kendiri di NADI Sungai Temau, Pn. Rosiah mula menunjukkan perubahan positif. Beliau aktif menyertai webinar, mengikuti tip dan latihan kesihatan serta menjalani pemeriksaan kesihatan secara berkala


Apa yang dipelajari melalui NADI
- Memberi pendedahan tentang kepentingan penjagaan kesihatan diri
- Menyediakan akses kepada webinar dan perkongsian berkaitan kesihatan
- Menawarkan latihan dan panduan amalan gaya hidup sihat
- Menggalakkan pemeriksaan kesihatan secara berkala
Bagaimana NADI membantu:
Menyediakan platform pembelajaran berkaitan kesihatan dan kesejahteraan diri
Memberi peluang menyertai webinar, latihan dan sesi perkongsian kesihatan
Memudahkan akses kepada maklumat kesihatan melalui kemudahan ICT
Menggalakkan amalan gaya hidup sihat seperti pemakanan seimbang dan senaman
Mendorong pemeriksaan kesihatan secara berkala
Meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan penjagaan kesihatan diri
Maklum Balas:
Pn. Rosiah menyatakan bahawa penglibatan beliau dalam program NADI Sungai Temau telah memberi banyak manfaat kepada dirinya. Beliau kini lebih sedar akan kepentingan menjaga kesihatan diri walaupun sibuk dengan tanggungjawab keluarga dan kerjaya.
Menurut beliau, program yang dianjurkan membantu meningkatkan pengetahuan berkaitan kesihatan serta memberi motivasi untuk mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat. Beliau juga berasa lebih yakin dan bersemangat untuk menjaga kesihatan diri serta keluarga dengan lebih baik.