Homestay milik Saudara Aiman Naim ini terletak di alamat No 48 Felcra Sungai Temau, Kuala Lipis, Pahang. Homestay ini menyediakan pelbagai kelengkapan dari segi peralatan dapur dan kelengkapan rumah untuk keselesaan pengunjung. Persekitaran yang bersih dan nyaman serta suasana yang damai sesuai untuk mereka yang ingin merasai pengalaman berada di desa.
Kemudahan basikal juga disediakan untuk pengunjung yang menginap di homestay ini. Lebih menarik lagi, anda dan keluarga boleh berkunjung ke Taman Rekreasi Sungai Yu yang jaraknya hanya 10 minit dari homestay ini. Kepada yang berminat untuk menginap disini boleh hubungi Saudara Aiman di 012-4806307 atau 017-9716621. Anda juga boleh mengikuti laman Facebook homestay Desa Damai di https://www.facebook.com/Guesthousedesadamai/