mcmc
Wanita Hari Ini

Amanah Ikhtiar Malaysia

 

Kaum wanita di Kampung Sungai Temau  membantu dalam menambah pendapatan isi rumah dengan berniaga secara kecil-kecilan. Ramai yang  mendaftar sebagai anggota Amanah Ikhtiar Malaysia bagi membantu mereka dalam melancarkan aktiviti perniagaan. Perjumpaan anggota Amanah Ikhtiar dilaksanakan seminggu sekali iaitu pada hari Isnin. Bilik Gerakan mereka terletak bersebelahan bangunan PI1M Sungai Temau.

 

Objektif AIM ialah :

Mengurangkan kemiskinan di kalangan isi rumah miskin dan berpendapatan rendah di Malaysia dengan menyediakan pembiayaan kredit mikro untuk

 – Membiayai kegiatan-kegiatan yang boleh menambah dan meningkatkan pendapatan.

 – Melahirkan usahawan daripada kalangan miskin dan berpendapatan rendah.

 – Menyediakan kemudahan kewangan, bimbingan dan latihan berterusan kepada usahawan-usahawan dari keluarga miskin dan berpendapatan           rendah.

Untuk mencapai objektif tersebut, AIM menyediakan produk-produk berikut :

 – Pembiayaan Modal

 – Simpanan Wajib

 – Tabung Kebajikan dan Kesejahteraan Sahabat

Sumber :https://www.aim.gov.my/kenali-kami/profil/maklumat-korporat

 

Gambar Disini