Aktiviti berkayak merentasi Sungai Tanum menuju ke Kampung Chegar Perah telah diadakan pada 5 Oktober 2019. Antara yang menyertai aktiviti ini adalah Ahli MPKK Kampung Sungai Temau, Tuah Travel & Tours, Sgi Outdoor Merapoh Travel Sdn. Bhd, Anggota Pertahanan Awam Lipis, YB Dato’ Mustapa Bin Haji Long dan ramai lagi.
Aktiviti bermula jam 10.00 pagi dan peserta aktiviti berkayak tiba di Kampung Chegar Perah kira-kira jam 4.00 petang. Aktiviti ini memberi pengalaman baru kepada peserta yang belum pernah menyertai aktiviti sebegini sebelum ini.