mcmc
Laporan Aktiviti

KELAS MEMBACA (NILAM – AINS)

Tarikh : 05/02/2025

Masa : 10:00 pagi – 12:00 tengah hari

Tempat : NADI Sungai Temau

Aktiviti : Membaca dalam talian

Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk meningkatkan kemahiran literasi peserta-peserta sekolah rendah secara interaktif dan digital. Peserta dapat meningkatkan kemahiran literasi digital yang mana menggalakkan peserta menggunakan teknologi dalam pembelajaran membaca serta membantu mereka membiasakan diri dengan aplikasi pendidikan digital.

Penggunaan aplikasi DELIMa AINS NILAM dalam kelas membaca memberikan pengalaman pembelajaran yang lebih menarik, moden, dan efektif dalam meningkatkan tahap literasi murid.

Gambar disini KELAS MEMBACA (NILAM – AINS)