mcmc
Komuniti

Kampung Sungai Temau

 

Sejarah Kampung Sungai Temau

 

 

Dari tahun 1968 hingga tahun 1980, Kampung Sungai Temau telah melalui banyak perubahan dari segi penerokaan tanah dan penambahan penduduk sehingga sebanyak 78 buah keluarga. Pada tahun 1978, kampung ini telah dikejutkan dengan ancaman anasir komunis. Oleh kerana itu, kerajaan telah memngambil ketetapan untuk menghimpunkan penduduk secara berkelompok di bawah Rancangan Penempatan Semula Keselamatan (RPS) oleh Kementerian Keselamatan Dalam Negeri. 

Pada ketika itu menterinya ialah YB Allahyarham Tun Ghazali Shafie. Maka dengan itu FELCRA telah dipertanggungjawabkan untuk memajukan dan melaksanakan Projek Pembangunan Kampung Secara Berkelompok meliputi kawasan ladang seluas 2000 ekar yang akan dimajukan secara berperingkat dan kawasan perumahan seluas 120 ekar. Sebanyak 78 buah keluarga terlibat dalam Rancangan Penempatan Semula Keselamatan ketika penempatan Peringkat Pertama sehingga Peringkat Keempat.

Pejabat Daerah Lipis telah menempatkan seramai 34 buah keluarga pada tahun 1995 dan 27 buah keluarga pada tahun 1999 di bawah program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT). Pada tahun 2004, 14 buah keluarga telah ditempatkan di bawah Program Penyusunan Masyarakat (PPMS). Perhubungan melalui jalan raya telah dibina diantara Padang Tengku dan Gua Musang sekitar Tahun 1991.

PENTADBIRAN